Ads 468x60px

Followers

Resepi

Sambal Sotong Tomato

Bahan-bahan (Anggaran kasar sahaja)
600gram sotong sederhana besar
1 biji bawang besar
3 biji tomato sederhana besar
3 biji cili padi (Ikut suka)
1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
1 senduk sos tiram (ikut suka, tak nak letak pun tak apa)
Secubit Maggi Cukup Rasa

Cara penyediaan
1. Bersihkan sotong dan potong bentuk cincin (ikut suka masing-masing) dan toskan air sotong tersebut
2. Blender/tumbuk hingga hancur bawang besar dan cili padi berasingan
3. Potong tomato dalam bentuk dadu, kecil-kecil
4. Panaskan minyak dalam kuali, guna api biasa
5. Tumiskan bawang besar hingga garing dan masukkan cili yang dah diblender. 
6. Setelah sebati masukkan tomato dan kacau hingga sebati
7. Masukan bahan-bahan lain seperti sos cili, sos tomato dan sos tiram, gaul sebati. 
8. Tambah sedikit air kedalam adunan tersebut kalau nak kuah lebih sikit
9. Kecilkan api dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih 
10. Masukkan sotong dan cukup rasa setelah air mendidih
11. Gaul seketika dan padamkan api

SIAP.. senang je kan. Sotong tak boleh masak lama. Nanti dia jadi macam tayar.
Selamat mencuba. ^_^

0 orang tinggal note kat sini..:):

Post a Comment

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text