Ads 468x60px

Followers

Friday 10 June 2016

Soya Dan Gastrik

Saya memang ada sejarah sakit gastrik sejak sekolah rendah lagi. 
Time sekolah rendah saya dah duduk di asrama, masa makan memang fix tetapi apa
yang menyebabkan gastrik adalah, slalu skip masa makan, makan tak ikut masa dan beberapa faktor lain. 

Oleh kerana masalah tersebut, saya sentiasa ada bekal ubat gastrik tiap kali 
balik asrama. (Ubat buang angin sebenarnya, ala, yang boleh kunyah dan mint tu..)
Tetapi ada masanya ubat tu tak berkesan langsung. 
Pernah satu masa, time tu hari ahad. Masa untuk balik asrama. Gastrik menyerang
secara tiba-tiba sehinggakan saya tak dapat duduk atau bergerak. 
Hanya mampu baring je. 
Ibu saya terpaksa bawa saya ke klinik. Sampai klinik lepas buat pemeriksaan luaran,
doktor suruh jururawat pergi beli soya dalam tin yang sejuk 
dari kedai berhampiran dengan klinik tersebut.
Kami hairan dan tengok je. 
Bila jururawat tu sampai, doktor suruh saya minum 
soya sejuk tu hingga habis
(sejuk yang baru keluar dari peti ais ye, bukan sejuk yang dah jadi ais)
Doktor cakap, jangan risau, lepas minum soya tu nanti semua akan ok.

Memang betul, tak sampai setengah jam saya dah rasa ok seperti sediakala!

Penerangan dia simple saja. 
Gastrik disebabkan oleh asid dalam perut yang banyak disebabkan oleh 
makanan tertentu seperti makanan yang berasid (jeruk, ulam-ulaman dsb) yang dimakan ketika
perut kosong, waktu makan yang tak tentu, perut kosong dan sebagainya. 

Asid yang banyak akan membuatkan gas gastrik keluar dan buat kita rasa sakit. 
Untuk neutral kan asid tersebut, kita kena minum sesuatu yang berakhali seperti susu. 
Bila asid tu dah neutral, rasa sakit pun hilang...

Itu lah penerangan yang saya faham ketika doktor tu terangkan..
Walau bagaimana pun, apa yang paling penting adalah kita kena jaga 
masa makan kita dan kena ambil tahu apa yang kita makan. 
Bak kata orang, mencegah lebih baik dari merawat. 

Oleh sebab tu, saya nak sentiasa make sure susu soya ada dalam peti sejuk rumah saya. 
bila dah jadi ibu dan bekerja ni, masa makan memang tak tentu. 

Terima kasih sebab dah baca sampai habis. Harap-harap dapat membantu anda
semua yang ada masalah seperti saya. 

Salam Sayang ^_^ 




**AMARAN KERAS!
~KAEDAH INI HANYA SESUAI UNTUK MASALAH GASTRIK BIASA
DAN TIDAK SESUAI UNTUK MASALAH GASTRIK TERUK


0 orang tinggal note kat sini..:):

Post a Comment

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text