Ads 468x60px

Followers

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

Rindu Sama Dia...


Kali ni nak share ngan korang nape saya dah slow sikit ber'entry'
kebelakangan ni.
Sebenarnya hati saya sayu sangat sebab berjauhan dari
si kecil saya. 

Selapas birthday dia pada 19.10.2013 yang lalu,
nenek dia bawa dia balik kampung.
Kalau dekat tak apa lah juga, tapi jarak dia jauh sangat.
Saya di Kuching dan mereka di Miri.

Semenjak dia lahir sampailah kesaat dia dibawa balik kampung,
tak pernah sekali pun kami berjauhan.
Time keja pun boleh rindu, apatah lagi time 
berjauhan begini.

Apa yang membuatkan rasa susah sangat nak lepaskan 
dia adalah sebab dia masih menyusu badan!
Ye, walaupun usia dia dah 2 tahun, 
saya bangga mengumumkan yang dia menyusu badan sepenuhnya.
Proud of my self!
^_^

Dan apabila berjauhan begini, 
saya kena pam susu untuk mengelakkan daripada dada bengkak
dan kekeringan susu.

Jujur je cakap memang saya nangis jer sehari semalam pas
dia dibawa kesana.
Susah nak cool down,
Tapi hari saya tulis entry ni, saya dah ok dah.
heheheh..
Mana tak nya, petang nanti dia sampai.
Sure memang saya tak boleh jauh dia.


Untuk anak kesayangan ibu..
Ibu sayang kamu!

Saturday, 7 September 2013

Sepetang Avery Spend masa bersama kawan baiknya..

Rindu nak buat entry bila teringat lama sangat dah tak buat 
entry semenjak beberapa hari yang lalu.
semuanya gara2 mood yang tak berapa bagus.
hehehe..
biasalah perempuan kan...

Kali ni teringin nak kongsikan aktiviti si anak kesayangan 
ibu ni bersama kawan2 semua.

Petang tadi dia spend masa bersama teman baik nya, Dayan.

Ni cermin mata kegermaran dia.
Dibeli di Serikin tahun lepas. 
Tak boleh tinggal kalau nak keluar g mana2..

Ha, ni lah Dayan, kawan baik Avery.
Avery pinjamkan cermin mata baru nya kat Dayan,
Green color bunga2..

Bila dah nakal sangat, cermin mata pun tanggal dah sebelah..

Haa, ni hobi mereka.
Tunggang kuda sama2, padahal berebut.

Seronok sangat bila sampai bab anak2 ni kan..
badan letih pun jadi segar..
Bila dah letih, boleh pula kedua-duanya serentak tido.
Yang paling best lagi, dua2 breastfeeding!

Rasa macam ada anak kembar je..hehehe



Ibu sayang Avery..!

Tuesday, 27 August 2013

Penyusuan susu ibu sepenuh masa...


Bila sebut tentang menyusukan bayi, ramai yang beritahu ia
memerlukan komitmen.
Bagi kes saya, ini adalah pilihan saya
atas sebab tertentu dan komitmen sy sendiri.
Kalau untuk ibu yang bekerja dari rumah atau
suri rumah sepenuh masa, mungkin masalah lebih kurang 
berbanding ibu yang berkerjaya.

Ada juga beberapa cabaran yg sy terpaksa hadapi,
tapi bagi saya ia menyeronokkan!

Antara cabaran untuk sy menyusukan bayi sepenuh masa:
1) Bayi tidak mahu menggunakan susu botol sebab biasa menyusu terus dari ibu
2) Pergerakan agak terbatas, terutama mahu keluar rumah.
(seperti anak sy tidak mahu menyusu menggunakan botol, bila keluar anak pun kena ikut sama, melainkan pergi kerja je dia tak dapat ikut)
3) Malam-malam, kena ready untuk bangun menyusukan anak
(kalau susu botol, boleh take turn dengan suami untuk bancuh susu)
4) Bila keluar rumah, pakaian terhad, terpaksa guna baju
yg memudahkan menyusukan bayi di tempat awam (nursing wear)
 Ini adalah cabaran yang sy lalui sepanjang pengalaman menyusukan bayi sepenuhnya.
Bagi ibu2 yg lain mungkin berbeza.. ^_^

Kelebihan menyusukan bayi sepenuhnya pada saya:
1) Hubungan sangat rapat dengan anak
2) Anak tahan daripada serangan penyakit2 biasa yg menyerang kanak2
(sistem imunisasi yg tinggi)
3) Untuk ibu, berat badan senang kembali ke bentuk asal selepas bersalin



Apa2 pun, terpulang kepada setiap individu masing2.
Untuk bakal ibu, jangan tak cuba untuk menyusukan bayi selepas bersalin
ye, seronok....!
Terasa alam keibuan..


 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text