Ads 468x60px

Followers

Showing posts with label Bulimia Nervosa. Show all posts
Showing posts with label Bulimia Nervosa. Show all posts

Friday, 27 September 2013

Masalah Pemakanan...

Sepanjang minggu ni tiap kali sampai di office
memang selalu tercium bau yang tak 
sedap dicium,
bau muntah!

Tu yang timbul kekeliruan dalam hati,
hanya 3 orang sahaja perempuan di area ni,
dan seorang lelaki. 
Siapa yang slalu muntah kat singki office tiap pagi??? 

Tak nak lah syak siapa-siapa,
walaupun tahu siapa.
hehehe..
Tak tau apa kah punca nya.. 
May be ada masalah permakanan.

Salah satu penyakit untuk orang yang kerap 
memuntahkan makanan selepas makan 
disebut Bulimia Nervosa.


Pesakit Bulimia Nervosa dikatakan 
terlalu obses dengan bentuk badan.
Kadang-kadang mereka fikir mereka gemuk
walaupun hakikatnya sudah cukup kurus.


Bulimia adalah gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan. Ia berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan.


Pesakit bulimia tidak mengehadkan jumlah makanan diambil, bahkan mereka makan tanpa berhenti tetapi memuntahkan semula selepas beberapa ketika, berbeza dengan aneroxia yang langsung tidak makan dan memudaratkan diri hingga membawa maut.


Penghidap Bulimia juga sering menganggap diri gemuk dan mempunyai bentuk badan kurang menarik. Penghidap bulimia turut menghadapi masalah psikologi kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan

Berikut adalah Kesan-kesan Anorexia dan Bulimia

Kepada kawan-kawan diluar sana,
sama-sama lah kita jaga kesihatan.

Ingat 1 hal, kurus tidak semestinya cantik.
Cantik boleh dari pelbagai bentuk,
yang lebih penting cantik dari dalam 
lebih bermakna daripada cantik diluar..

Renungkan bersama-sama. 

^_^
 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text