Ads 468x60px

Followers

Showing posts with label Heel. Show all posts
Showing posts with label Heel. Show all posts

Wednesday, 22 July 2015

Perempuan dan Hobi

Terlebih dahulu nak minta maaf ye.
Sebab kali ni saya nak kongsi cerita tentang minat saya..
hehehe..

Bila sebut hobi perempuan, tentu semua tahu perempuan 
ni suka bergaya, berdandan, shopping dan sebagai.

Seorang wanita paling kurang pun ada kasut, selipar, heel yang lebih dari 1,
betul tak?
Paling kurang pun 2..

Hehehe..ni crita saya ye..

Haa... kalau tumpang kereta saya, jangan hairan dengan semua ni..
Sebab kasut saya sentiasa bawa kemana sahaja.
Hari ni guna yang ni, esok yang lain pula.
Betul tak para wanita?
hehehe

Baru-baru  ni saya mula berjinak-jinak shopping
kat Zalora.
Dalam banyak-banyak benda yang ada,
saya pilih untuk beli heel.
hehehe..(ada diskaun, murah pula tu..tu yang pilih heel.)
Dan yang tolong promote brand ni kat saya siapa lagi kalau bukan 
Kak Jijot @ Zie Madini..
(Tq kak jijot..)


Haaa..ni lah heel terbaru saya..
(tak tahu lah tahan ke tak guna heel ni lama-lama..)
hehehe
Baru minggu lepas share tentang kesan penggunaan heel
masih juga nak yang tinggi..
Pelikkan perempuan ni..
hehehe..
(Beautiful is painful)

Menggalah saya guna heel ni nanti. 

Bila suami tanya, "beli heel banyak-banyak tu buat apa?"
Saya jawab selamba je..
"untuk guna hari-hari la.."
Hehehe..
Betul la kan.. 
kalau baju putih, guna heel putih, kalau baju merah guna heel merah 
dan sebagainya.. (contoh je tu ye..)
hehehe

Ni dah tak nak guna lagi dah..hehe

Ni feberet saya..confy sangat2..
Hadiah Valentine's Day dari suami..hehehe


Untuk para wanita diluar sana, 
tak salah kalau nak simpan banyak-banyak kasut, yang penting
kita guna sebaiknya..
Bershopping mengikut kemampuan.
Sekali sekala reward diri sendiri apa salahnya kan...

^_^



Thursday, 3 October 2013

Akhirnya!!

Hari ni cam biasa, makan cepat-cepat di office
sebelum sampai 'lunch hour'
sebab nak ke Spring Shopping Mall 
untuk hantar barang dan jalan-jalan.

Lepas hantar barang, cam biasa juga
teringin nak minum Pearl Milk Tea
dari Chatime.


Tapi kan, nak dijadikan cerita..
Sebelum sampai ke escalator untuk ke Chatime
kena lalu kedai Padini @ Vincci dahulu..

Takde niat nak masuk pun sebenarnya,
tp apa yg membuatkan kami teringin nak masuk 
adalah tanda "sales" yg terpampang
kat entrance dia tu..
Perempuan pun perempuan jugakan..
Apa lagi, singgahlah sekejap.
hehehe

Singgah bukan sekadar singgah je rupa nye.
Hati tiba-tiba berkenan sangat kat sepasang heel ni.
dah lah tengah sales tu,
tentu korang tak akan sangka harga dia
boleh jadi serendah tu.
hehehe..


Tak nak fikir panjang,
just buat keputusan untuk dapatkan 1.
Sebab dah lama sebenarnya sy nak cari heel
untuk spare.

Haa...ni lah dia..
Walaupun ia sebenarnya pilihan kedua.
Tapi ok lah tu..
Harga pun memang ok sangat 
kalau nak dibandingkan dengan harga asal
dia sebelum diskaun..


Keluar dari sana,
lebar je senyum..
Akhirnya dapat gak 1..
Bersyukur sangat!
hehehe..
 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text