Followers

Wednesday, 28 August 2013

Lingkaran gelap bawah mata...

Beberapa minggu akhir2 ni memang rasa letih sangat.
Otak pun rasa serabut semacam je.

Beberapa hari yang lepas sy baru perasan satu perubahan ketara pada muka sy.
Lingkaran gelap!
sangat ketara!

Didalam hati berkata, OMG...
harus dibendung sebelum terlambat.

Lingkaran hitam/gelap dibawah mata boleh berlaku disebabkan beberapa perkara.
Antaranya:
1) keletihan dan kekurangan tidur
2) Proses penuaan
3) Hidung tersumbat/alergi
4) Dehidrasi
5) Kekurangan Vitamin
6) Banyak merokok
7) Kesan sampingan ubat
8) Keturunan dsbg.

Kes sy mungkin kekurang rehat dan tidur yang secukupnya kot..
hehehe

Seperti kebanyakan wanita, sy pun ambil langkah berjaga2 untuk 
membendung masalah ini sebelum makin teruk.
(siapa tak nak nampak berseri kan.. ^_^)

Disini sy ada senarai pendek yg boleh diguna utk mengelak masalah ini: 
1) Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
2) Dapatkan rehat dan tidur secukupnya (8jam juga)
3) Kurangkan atau hindari makanan bersoda dan berkafien
4) Tekapkan hirisan timun diatas mata dlm tempoh 30minit (seperti gambar diatas)
5) Kurangkan stress dan amalkan pemakanan yg berkhasiat.
^_^

Azam malam ni dan seterusnya,
Tidur awal supaya cukup 7-8 jam 1 malam..
hehehe..

P/s: Selamat mencuba semua..

2 orang tinggal note kat sini..:):

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text