Ads 468x60px

Followers

Saturday 24 August 2013

Mamogram

Fuhh!! Hari ini hari sabtu a.k.a hujung minggu.
Selalunya hujung minggu camni lah peluang untuk bangun lambat, tapi tidak untuk hari ini.

Hari ni terpaksa bangun awal cam hari2 berkerja sebab hari ni ada beberapa perkara perlu dibuat.

Jam 7 lebih pagi dah gerak dari rumah. Destinasi pagi ni hantar mak ke Normah Specialist,
buat pemeriksaan MAMOGRAM, pembiayaan sepenuhnya oleh LLPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Sarawak) Mak dapat pembiayaan ni ekorkan daripada health screening yang kami buat minggu lepas. 


Haaa... berapa ramai wanita yang tahu apa itu ujian mamogram? 
Saya pun tak tau juga sebenarnya kalau tak temankan mak hari ni.
Untuk lebih info, jom baca artikel dibawah ni.


 
Apa itu MAMOGRAM ?
Mamogram adalah suatu pemeriksaan saringan sinar-X yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara.


Siapa yang memerlukan MAMOGRAM ?


Semua wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menjalani pemeriksaan ini.


Mengapa saya memerlukan MAMOGRAM ?
Mamogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat paling awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai oleh payudara. Ia juga berkesan untuk meneliti kesihatan am payudara.


Bagaimana MAMOGRAM dilakukan ?
Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita. Ia mengambil masa selama 10 minit hingga 30 minit. Anda diperlukan untuk mendedahkan bahagian dada anda. Kemudian payudara anda akan diletakkan di antara 2 plat yang terdapat pada mesin. Selepas itu dedahan sinar-X akan dibuat. 2 keping filem sinar-X akan diambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan. Pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap sangat rendah.



Persediaan untuk MAMOGRAM ?
Peringatan:
Elakkan menguna minyak wangi, deodorant, bedak atau krim pada bahagian dada dan ketiak pada hari pemeriksaan mamogram. Bahan-bahan dalam produk-produk ini mungkin akan menjejaskan keputusan mamogram. Anda perlu memakai pakaian ringkas atau blaus dan seluar panjang atau skirt panjang. Pakaian atas perlu ditanggalkan semasa pemeriksaan dilalukan.


Tip:
Lakukan pemeriksaan selepas haid kerana pada masa itu payudara kurang sensitif. Elak minum minuman yang berkafein (kopi, teh, air berkabonat dan coklat) selama seminggu atau dua minggu sebelum hari temujanji. Kafein boleh menyebabkan payudara terasa sakit.


Bagaimana jika keputusan MAMOGRAM saya abnormal ?
Anda akan dirujuk kepada pakar di hospital atau di pusat perubatan untuk penyiasatan lanjut. Keputusan mamogram yang abnormal tidak semestinya bermakna anda mempunyai kanser.
Pakar akan melakukan penyiasatan lanjut dan akan memberikan nasihat dan rawatan yang bersesuaian.



Di mana anda boleh mendapatkan Pemeriksaan MAMOGRAM ?
Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini di pusat-pusat mamogram kerajaan dan swasta.
LPPKN menyediakan subsidi bagi pemeriksaan mamogram untuk wanita-wanita layak. Sila rujuk kepada mana-mana klinik LPPKN yang berhampiran.


Boring kan...
Tapi jangan lupa tau, ia sangat penting untuk kita sebagai wanita.

P/S: Mencegah lebih baik dari mengubati


2 orang tinggal note kat sini..:):

  1. Sakit tak buat pemeriksaan mamogram ni Jenny?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti Mieza, mak kte yg buat. dia cakap sakit sikit je.
      Biasanya wanita berumur 35 tahun ke atas digalakkan buat pemeriksaan ni, untuk yang berumur dibawah 35 tahun boleh buat juga, tp sekiranya ada simpton2 tertentu dibahagian tersebut.

      Delete

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text