Ads 468x60px

Followers

Tuesday, 21 June 2016

Part of family members..

Untuk haiwan peliharaan, biasa nya orang akan bela kucing.
Saya suka kucing, tetapi memandangkan saya tak suka duduk dalam
rumah bersama-sama kucing, (kami alahan pada bulu kucing, confirm bersin)
so kami bela anjing. 

Eeee... Anjing! sesetengah orang takut anjing. Tapi percayalah,
anjing boleh hidu kalau korang takut. Mereka lebih suka 
menyalak orang yang takut (kelakar kan...hehe)

Selepas membuat keputusan untuk bela anjing, 
kami mengambil inisiatif "adopt" anjing dari SSPCA Kuching.
SSPCA adalah satu badan NGO yang menyelamatkan anjing dan kucing 
yang terbiar, ditinggalkan oleh tuan mereka dan sebagainya

.Ini Nevada, kami adopt dia memang dia dah besar camni. 
Memandangkan kami tak ada pengalaman pelihara anjing sebelum ni,
elok rasanya adopt yang dah besar sebab lebih senang nak jaga.


Nevada sangat "Ladylike" atau "keperempuanan".
Dia bukan jenis yang nakal semacam dan malu-malu. 
Tapi setakat ni dia memang sangat baik. 
Tak kacau sampah, tak gigit kasut dan sebagainya.

Sampai satu masa kami rasa dia perlukan kawan.
Kami buat keputusan untuk adopt lagi. 
Tapi kali ni kami akan adopt yang masih puppy pula. 
Saja nak dapatkan pengalaman.
hehehe..

Tiga ekor ni adalah adik beradik.
Anjing ni baka biasa sahaja atau lebih dikenali sebagai local breed. 
Ye lah, anjing yang dibuang dan diselamatkan 
katakan..
Lagi satu, anjing local lebih senang nak jaga berbanding anjing yang ada 
baka tertentu. 

Ini adalah 1st choice saya dulu, tapi yang lain tak setuju..

Ha... ini Amber. Kami adopt dia sebab mata dia unik sangat. 
Hidung dia coklat, mata dia light brown. 
Memang unik.



1st time sampai rumah dia takut. Dia sembunyi bawah kereta. 
Tapi tu sementara je..

Bila dah biasa mereka dah macam adik beradik. 
comel sangat!!

Kalau nak tau, si Amber ni sangat-sangat nakal dan sangat-sangat aktif. 

Time ni kami hantar dia untuk vaksin yang kedua.

Yang ni vaksin ketiga

Ni pula time dia nuetter. Seminggu selepas vaksin ketiga.
Untuk pengetahuan semua, anjing yand diadopt dari SSPCA adalah bebas
dari sebarang penyakit anjing dan mendapat imunisasi sepenuhnya.
Oleh sebab itu kami berani untuk adopt dari mereka.
Tambahan pula, semasa process adoption, 
kami kena menandatangani 1 perjanjian dimana anjing yang kami adopt
hendaklah mendapat vaksin sepenuhnya dan nuetter (pemandulan)
mengikut jadual yang ditetapkan oleh SSPCA.
Maksud dia, anjing yang kita adopt tu tak boleh sama sekali
mengandung memandangkan terlampau banyak anjing diluar sana yang
tidak dimandulkan dan sentiasa melahirkan anak dan kemudiannya terbiar. 

Selepas neutter..

Dia mamai lagi time ni sebab masih ada kesan bius tu.hehehe

Sekarang dia dah besar panjang.. 

Nakal sangat sampai sana sini luka. 
Tapi percayalah, anjing local memang tahan lasak. 
Nak bagi makan pun sangat-sangat senang. 
Biasa kami masa nasi bersama tulang dan daging untuk mereka.
Sama macam kita masak bubur tu..

Ni pula kakak Nevada. hehehe..
Biasanya mereka mandi sekali seminggu untuk mengekalkan 
kebersihan bulu dan mengelakkan kutu. 

Anjing kami bukan jenis berantai dan terkurung dalam pagar rumah,
tapi time ni mereka tak dibenarkan bermain diluar sebab dah mandi. 
Nanti kotor. hehe

Bertapa besarnya Amber sekarang...


Walaupun mereka bebas berkeliaran di luar kawasan rumah, 
mereka tak akan main jauh. Cukup masa mereka akan balik semula dalam
pagar rumah. 
Walaupun mereka hanyalah anjing, tapi bagi kami mereka dah macam
ahli keluarga sendiri. Sesiapa yang ada haiwan peliharaan tentu tau camana rasa
bonding dengan haiwan peliharaan kita. 
Lagi 1, anjing sangat senang nak jaga. 
Tak payah ajar mereka macamana nak buang air besar. 
Biasa bila kita buka pagar rumah, dia akan cari tanah dan jauh dari pengelihatan manusia dan 
akan buang air kat situ. Jangan samakan dengan anjing liar diluar sana tau..

Terima kasih sebab sudi baca.. 
Salam sayang..

2 orang tinggal note kat sini..:):

  1. Betul.. Bagi yang biasa ada pet, akan anggap mereka adalah sebahagian dari keluarga.. Sis pula bela kucing.. Memang lain rasanya kalau tiada kucing di rumah sebab sudah biasa bela sedari kecil.. ^_^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Seronok je rasa balik keja petang tengok mereka sambut depan rumah

      Delete

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text