Ads 468x60px

Followers

Tuesday 27 August 2013

Hentikan penderaan kanak2 dan pembuangan bayi..

Sebak dan sedih sekali rasa hati apabila melihat banyak sekali kes penderaan kanak2 kebelakangan ini.
Suatu masa dahulu kes buang bayi, sekarang kes dera kanak2 pula.
Saya tak boleh tengok semua ni, memang saya tak dapat tahan.
Apakah dosa2 mereka sehingga dilakukan sebegitu?...

Puisi kepada pendera/pembuang bayi

Kalau kamu masih lagi bernafas sehingga sekarang,
kenapa tidak dia anak mu?...
Kalau kamu diberi peluang untuk lahir kedunia,
Kenapa tidak bayi dalam rahim mu?...
Bukankah itu satu amanah untukmu?..

Apakah dosa si kecil itu?..
Atau perlukah dia menjadi mangsa kerana kesilapan kamu?..
Atau dia tempat untuk melepaskan rasa marah, geram dan benci dihatimu?...

Sekalipun riwayatnya sampai disitu,
janganlah dari tangan seorang yang bergelar ibu atau bapa baginya..

Tidak pernah kah terfikir oleh mu,
mungkin kah suatu hari nanti dialah yang bakal menemani mu dalam sedih dan tangis mu?..
Tidak pernah kah terfikir oleh mu,
mungkin kah suatu hari nanti dialah yang memberi kesenangan bagi dunia dan akhirat mu...

Hentikan lah semua ini..
Biarkan mereka menikmati hidup di bumi Tuhan ini.
Dia juga manusia seperti kamu,
berilah dia peluang bermain dan bergembira seperti kanak2 lain..

......



Sedih sangat2 bila terkenangkan hilangnya nilai kemanusiaan kepada manusia sekarang ni.
Semoga semua ini akan berakhir secepat mungkin dan kesedaran akan wujud di dalam hati setiap insan yang terniat untuk melakukan berbuatan tidak berperikemanusiaan ini.
Sayangilah mereka seadaanya..
Mawar putih untuk kanak2 dan bayi yang telah pergi menemui Penciptanya.
Amanlah kalian disana.

P/s: R.I.P to all children who left us because of child abuse and abortion.


2 orang tinggal note kat sini..:):

  1. Memang sedih bila tengok berita2 berkenaan kes penderaan & pembuangan bayi ni.. Orang yang takde anak ni, nak sangat2 ada anak sendiri.. Tp mereka yang bertuah ada anak, didera & dibuang pulak.. Apa dah jadila dengan manusia sekarang.. T_T
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tol tu Mieza. Terkilan sangat bila dapat tahu kes2 gini dlakukan oleh seorang yg bergelar ibu kepada kanak2 itu sendiri.tak tau lah apa nak jadi dengan manusia yg cam ni. tak takut akhirat agaknya.

      Delete

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text