Followers

Monday, 2 September 2013

Program Derma Darah

Entry kali berkenaan dengan Program derma darah yang kami sertai semalam.
(1 september 2013)

Ibu dan hubby memang tertunggu peluang untuk derma darah,
tapi hari ni hanya hubby seorang je boleh derma darah.
Saya tak dapat sebab breasfeeding baby,
ibu pula tak dapat sebab ada ambil ubat tinggi darah
(seseorang yang mengambil sejenis ubat atau
lebih secara berterusan tidak boleh ambil
menderma darah)


Program Derma Darah ini dijalan di Gereja St. Ann, Kota Padawan


Tengok tu, Anda Layak Menderma jika:-
- berat badan melebihi 45kg
- berumur 18 hingga 60 tahun
- Tidak mengambil antibiotik
- tidak menghidap sawan, darah tinggi, kencing manis (diabetis)
- tidak hamil, tidak haid
- tidur yang melebihi 5 jam

Jangan derma darah jika anda :-
- mengamalkan hubungan seks sejenis
- mengamalkan hubungan seks dengan kedua-dua jantina
- menghidap penyakit kelamin
- melanggani pekerja seks
- bertukar-tukar pasangan seks
- mengambil dadah melalui jarum suntikan yang dikongsi


Haa..ni salah seorang perserta yang berhati mulia.
hehehe..
Kesian si buah hati ni, sebab darah dia ambil masa sikit untuk membeku.

^_^

Untuk mengetahui Faedah Derma Darah (Click to view) 

0 orang tinggal note kat sini..:):

Post a Comment

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text