Followers

Monday, 4 November 2013

Projek Donut!

Hujung minggu lepas, saya dan adik ipar plan
nak buat donut untuk dijual.
Inilah hasilnya!

Kalau nak cuba, jom ikut resepi dibawah ni.
^_^


Bahan-bahan:
400gm tepung gandum
1 biji telur ayam
4 sudu makan susu cap junjung 
(cap lain pun boleh, asalkan susu pekat manis)
4 sudu makan majerin
1 paket yis
1 cawan air kosong (lebih kurang)

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali 1 kosong
2. Uli sehingga doh(tuangkan air sedikit-sedikit supaya 
tidak lebih air)
3. Setelah cukup doh, bulatkan mengikut bentuk gelang
4. Letakkan di atas 1 dulang yang telah di alas menggunakan tepung gandum
(untuk mengelakkan adunan tersebut tidak melekat pada dulang)
5. Tunggu sehingga adunan tersebut cukup kembang.
(saiz dia akan membesar apabila kembang)
6. Setelah cukup kembang, pastikan minyak masak dan kuali
sudah sedia panas dan masukkan kedalam minyak
7. Gunakan api yang kecil bagi mengelakkan kuih gelang 
tersebut masak luar je dan dalam dia tak masak.
8. Setelah cukup kuning, angkat dan toskan dengan tisu.
9. Biarkan sejuk sedikit barulah taburkan gula icing
(kuantiti mengikut citarasa masing-masing)

Selamat Mencuba!
**Tiap orang mungkin ada cara tersendiri. So, terpulang pada masing-
masing punya cara ye.
hehehe..
^_^

2 orang tinggal note kat sini..:):

  1. waaa..rajin akak buat donut hehe..dulu arwah mak saya suka jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. feveret akak ni Zyra..hehehe.. next time boleh share dgn zyra

      Delete

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text