Ads 468x60px

Followers

Wednesday 20 August 2014

Addicted to MKR..

Selama 2 bulan tak bekerja dahulu, sy duduk rumah
dan tengok tv hari-hari. 
Mula-mula tak tau nak tengok siaran mana 1 yg
menarik, sehinggalah sy terjumpa program "My Kitchen Rules" ni.
(Diva, Channel 702).

Sy kalau bab masak-masak ni memang suka sangat.
Walaupun saya sendiri tak pandai mana masak,
kalau masak  untuk makan suami dan anak tu boleh lah..
hehehe..
Tahun dah season yg kelima utk program MKR ni. 
Yg sebelum ni sy tak pernah tengok langsung.
ehehe..

Kat sini sy share dengan u all Top 5 program
MKR dan kumpulan kegemeran sy ye..

Ini pula juri dan host tetap program ni.
Manu Feildel dan Pete Evans.
Chief terkemuka di Australia. 

Ni pemenang untuk MKR season 5, Bree dan Jessica
Kat Astro belum tau lagi siapa pemenang utk season kali
ni, sebab masih dalam pertarungan 5 teratas. Tapi tadi bila google tadi 
jumpa artikel tentang pemenang untuk season kali ini.
hehehe..
Tahniah untuk Bree dan Jessica.
Pemenang dapat hadiah &250,000.00
Hurm untung juga pandai masak ni kan..

Ini pula Chloe dan Kelly.
Mereka antara 2 peserta yg mara ke final 
selain dari Bree dan Jessica.
Walaubagaimana pun mereka kalah 2 mata dari Bree dan Jessica.
Mereka memang berbakat, 
tapi serius cakap perangai mereka sy tak suka.

Ini pula adalah kembar Paul dan Blair..
Jujur sy cakap sy tabik sangat dengan mereka.
Kembar dan punya kebolehan yang sama. Amazing sangat.
Pada saya mereka hebat sebab mereka adalah satu-satunya
perserta lelaki yang tersenarai 
dalam Top 5.

Ini pula Helena dan Vikki. Juga kembar
seperti Paul dan Blair. 
Berbakat tapi tak konsisten sepanjang perlawan.
Tapi sy suka mereka.

Ini pula Thalia dan Bianca. Peserta paling muda
dalam program MKR.
Berjaya hingga top 5, tapi tak berjaya ke final.
Sangat berbakat tapi belum pandai kawal emosi 
dalam keadaan tertekan..

Dan ini pula Cathy dan Anna.
Inilah kumpulan kesukaan sy sepanjang program ni.
Mereka sangat konsisten tapi tersingkir semasa pemilihan 
Top 5. Tapi tak apa sy yakin sangat mereka dapat berjaya diluar sana.
hehehe.. 

Tiap petang dalam lebih kurang kol 6 lebih, memang cepat2 masak
sebab nak tengok rancangan ni.
Bila dah mula pula, haa... jangan panggil sy ye,
sy tengah concentrate.
Hehehe..
Kalau korang nak tengok sama, 
boleh tengok kan chanel 702-Diva.

Ni saja untuk kali ni..
Jumpa lagi lain kali ye..
Sy nak belajar masak macam-macam 
masakan lepas ni.
Tapi bukan nak ikut MKR tau, 
just untuk family sendiri dan
kepuasan sendiri je..
hehehe..

Bye semua..
Muah..
^_^

0 orang tinggal note kat sini..:):

Post a Comment

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text