Hari jumaat lepas rasa busy semacam jer.
Tambah lagi dengan perasaan yang tak keruan.
Mana tak nya, bila tengok temujanji kat kad kuning ni,
temujanji seterusnya sepatutnya
27hb ni,
tapi bila tengok kat baki ubat yg tinggal,
tak sampai pun untuk 27hb..
Dalam hati memang rasa ada
something yang tak betul,
tentu nurse salah kira ni...
Tak salahkan mereka juga, dah orang ramai sangat.
Lagipun kita ambil untuk 3 bulan punya pil.
Sekali sekala tu tentu ada salah kira juga.
Luckily call mereka dan mereka tukar
tarikh appointment ke hari jumaat lepas.
Cam biasa, mereka bagi untuk 3 bulan jugak.
Maksudnya bulan 12 nanti baru datang lagi.
Yang ni nanti confirm tarikh betul.
hehehe..
Dalam masa yang sama mereka turut buat promosi.
Pemeriksaan Percuma Ujian Pap Smear.
Tak tau lah before ni berbayar atau tak,
sebab time sy buat dulu free jer.
Tapi time sy hantar mak sy utk ujian pap
smear tu mereka cakap
biasanya akan ada caj RM15 untuk masa biasa.
Hurm confused juga ni..
Apa-apa pun,
untuk para isteri dan para ibu yang belum
buat pap smear,
ambil peluang untuk buat pemeriksaan pap smear ye.
Sebagai langkah berjaga-jaga...
Sy pun segan juga pada mulanya,
tapi bila fikir-fikir balik
lebih baik buat untuk kesihatan sendiri.
Lagipun nurse-nurse yg bertugas tu
semuanya baik-baik belaka..
^_^
ubat ape tu? banyaknyaa..
ReplyDeleteFamily planning punya ubat Chic Na...
DeleteTak pernah buat lagi ujian pap smear ni.. Huhu.
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
Buat ye Mieza, hehehe..
Delete