Ads 468x60px

Followers

Friday, 22 November 2013

Kasihan Si Kecil...

Lama dah menyepi dari buat apa-apa entry,
rindu nak share story dengan you all.
Walaupun hal remeh temeh..
Tak pe kan?...

^_^

Hari jumaat yang lalu, terpaksa ambil cuti setengah hari.
Si kecil ibu ni tak sihat. Kalau untuk sehari dua,
tapi hampir 3 minggu!
Memang risau sangat. 
Bukan tak bawa pergi klinik awal tapi dah 3 kali bawa ke
klinik swasta ambil ubat dan siap ambil antibiotik skali,
tapi tak baik-baik juga.. sentiasa on off..

Bila cek ke poliklinik, Doktor sarankan untuk 
buat pemeriksaan darah.
Tapi apa yang membuatkan saya rasa dia dah
jadi Big Girl bila dia langsung tak 
nangis bila kena cucuk dengan jarum untuk ambil darah dia.
Sangat-sangat terkejut dengan respon dia saat tu.
Sebab sebelum ni, nurse nak sentuh pun susah
apatah lagi nak cucuk jarum..

Rasa syukur dalam hati bila keputusan pemeriksaan darah keluar.
Tak ada apa-apa yang merisaukan,
tak ada jangkitan atau apa-apa yang berbahaya.
Cuma demam biasa.
Bak kata doktor yang periksa dia tu, demam cuaca..
hehehe..


Semoga anak ibu sihat selalu..
Sayang anak ibu..

^_^

2 orang tinggal note kat sini..:):

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text