Ads 468x60px

Followers

Tuesday 5 August 2014

Jobless...

Ada sesiapa pernah merasa JOBLESS?
Duduk rumah je 24 jam...
Dalam masa seminggu memang rasa dalam syurga je,
tapi selepas tu...
Tuhan je tahu betapa bosannya duduk rumah je tanpa buat apa2..

Macam2 keja rumah dibuat untuk 
menghillangkan rasa bosan.
Cuci cermin tingkat, gosok lantai toilet,
mop lantai dari depan ke blakang rumah,
cabut rumput, dan macam2 lagi.
Mula2 memang seronok, tapi lama2 dah bosan, 
semua dah bersih, 
takkan nak bersihkan lagi,
betul tak?


Walau bagaimanapun, jobless bukan bermaksud hopeless..
Untuk meneruskan aliran wang masuk,
saya cuma buat online business
dari rumah. 
Selain hobi, sekurang2nya dapat juga duit
walaupun tak bekerja.
Bak kata orang2 tua, iktiar untuk teruskan hidup.


Tapi yang susah dia proses nak 
mencari kerja balik.
Memang rasa stress.
Apply sana sini, interview pun sana sini juga.
Tapi bak kata orang, 
semua perkara ada masa dia sendiri.
Kalau belum sampai masa, 
belum juga lah alamatnya.

Tapi bila August menjelma, 
hati saya berbunga2 je..
Tak tau kenapa.
Sampai jumaat lepas, sy dipanggil 
untuk temuduga.
Sy ada 3 temuduga untuk hari Isnin
pertama dalam bulan August ni.

Yang pertama pergi jam 10 am. 
Tempat agak jauh, tapi demi nak cari kerja,
saya pergi juga.
Semua berjalan lancar..
(Next entry sy cerita proses interview sy
yang skali dengan test)
Saya diminta datang keesokan hari nya untuk 
percubaan selama seminggu. 
Sy setuju je, sementara menunggu 
keputusan 2 lagi interview.

Jam 11 pagi sy pergi ke interview yg ke 2,
tempat lebih dekat berbanding yg pertama, 
berdepan dengan tempat kerja sy sebelum ni.
Tuhan maha baik. Sy diterima bekerja dan
boleh mula bekerja bila2 masa je.
Sy terus setuju!




Sy tak pergi interview yg ketiga.
Sebab sy dah buat kajian terlebih dahulu 
sebelum sy datang interview. 
Tempat yg pertama agak jauh,
ditambah lagi dengan kesesakan yang memanjang.

Tempat ketiga pula dekat, tapi tempat
parking susah nak cari, jalan pun sesak juga.
Lagi satu faktor yg sy sangat titik beratkan
adalah bekerja pada hari sabtu.
Saya cuba elakkan untuk bekerja pada hujung
minggu.
Pada saya hujung minggu adalah hari berehat
bersama keluarga.

Untuk yg pertama dan ketiga, bekerja dari Isnin 
hingga sabtu.
Hanya yg ke dua sahaja kerja sampai Jumaat.
Ye pilihan muktamad!!


Terima kasih Tuhan, saya dah dapat kerja sekarang!
Walaupun ada yang bertanya kenapa tak nak duduk 
rumah jaga anak sendiri je?
Ye, sy pilih utk duduk rumah dan jaga anak sendiri
je kalau sy orang berada.
Tapi sy org biasa, tak kerja maka takde
pendapatan..
So sy pilih untuk kerja demi anak dan keluarga..

Sampai disini saja perkongsian untuk entry kali ni.
Untuk kawan2 yg banyak memberi sokongan moral..
Terima kasih banyak2..
Sayang u all..

Jobless is so yesterday..
^_^

0 orang tinggal note kat sini..:):

Post a Comment

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text