Followers

Thursday, 18 September 2014

Insuran Pendidikan..

Lama juga saya tak buat apa2 entry ye..
Kali ni bila terkenangkan nasib kebanyakan graduan 
yang terpaksa berhutang terlebih dahulu untuk 
menimba ilmu, hati saya terdetik nak kongsikan kebaikan 
Insuran Pendidikan dari peringkat awal lagi untuk anak- anak..



Bila fikir balik, ye, kesian kat saya dan kawan2 yang senasib,
belum start kerja dah kena tanggung hutang pinjaman PTPTN dan sebagainya.
Yang tu belum tentu dapat kerja yang betul2 bagus untuk bayar balik pinjaman tersebut.
Saya bersyukur sebab graduan UiTM, sebab uitm menawarkan yuran rendah berbanding
kebanyakan IPTA, tapi tetap berhutang juga kan..

Oleh kerana kesedaran tersebut, saya mula merancang masa depan 
Puteri Kesayangan saya. 
Kalau boleh saya tak nak dia buat pinjaman untuk 
menyambung pelajaran dia nanti. 
Selain menabung, cara pilihan saya adalah membeli 
Insuran Pendidikan untuk dia. 

Pada saya, menabung dan membayar Insuran 2 perkara yang agak berbeza.
Menabung kita simpan ikut suka pada tiap2 bulan. Simpan atau
tidak, tak ada orang akan marah, betul tak?..
Juga boleh digunakan bila terdesak.
Bagi saya yang kurang motivasi untuk menabung ni, 
risau tak penuh2 pula tabung tu nanti kan..
Berbanding membeli Insuran pendidikan, saya kena bayar tiap
bulan mengikut harga yang ditetapkan. 

Yang ni Mandatori! Kena bayar! Tak boleh Tidak!
Ada tempoh matang, tak boleh dikeluarkan selagi belum 
capai tempoh matang. Biasanya tempoh matang bila si anak berusia 18 tahun.
Selain tu, sekiranya terjadi apa2 pada saya dalam tempoh tersebut,
ada faedah yang saya boleh dapat daripada pelan insuran tersebut. 
Yang ni terpulang pada jenis pelan yang kita ambil.


Sebelum mula membeli pelan ni dulu, memang macam2 soalan 
yang bermain difikiran, antaranya :
"mampukah aku?"
"betul ke apa aku buat ni?"

Bila fikir balik, kalau ikut kemampuan saya dan suami yang bekerja
biasa2 ni, memang rasa macam tak mampu je..
Tapi bila fikir balik, kalau tak sekarang bila lagi?
Sebab kadang2 bila fikir balik, dari seluruh pendapatan kita tiap bulan,
lebih banyak lagi wang yang digunakan tanpa sebab yang sangat2 perlu. 
Tambahan pula, anak adalah harta paling beharga pada kita, 
ni lah peluang melabur untuk mereka.
Ye lah kan, nak beli harta benda untuk mereka, itu memang saya tak mampu..

Ada banyak pilihan Insuran dan pelan2 yang disediakan.
Yang penting, fahami apa yang kita ambil. 

Ok u all, setakat ni dulu pekongsian saya kali ni. 
Harap2 perkongsian saya ni, ada menarik minat para ibu bapa..
Fikir-fikirkan lah ye..

Salam sayang..
^_^



0 orang tinggal note kat sini..:):

Post a Comment

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text